Thursday, January 5, 2012

CTU: Hubungan Etnik di Malaysia

Baru habis satu paper, aku dah hangkut segala beg balik KL tau kehkeh tapi disebabkan ada perasaan nak berjaya lagi, maka terus beli tiket return to Melaka on the spot pada hari Jumaat ini. Kejap kan, balik pon sebab ada hal je sebenarnya. Malaslah aku nak lepak rumah lama lama, kang cuti semester nanti sebok pulak nak fikir apa nak buat kat rumah tu -_-.

muka bajet innocent nak kena cepukk.

Disebabkan harini setakat paper CTU je, kita rilek rilek je la tak payah nak gelabah sangat kan? Pergi exam hall pon takat pakai tudung bawal je, macam pergi main badminton je aku selempang. Hahaha berlagak berlagak, takdelah cuma aku rasa paper CTU tadi tu okay je, soalan pon dah expected cengitu rupa dia, so kita doa yang terbaiklah untuk keputusannya. Paper yang lepas lepas ni yang mencabar tak hengat punya, cuak gila bila pikir nih, haih.

Tapi nak cerita la sikit kan, disebabkan CTU aku ni pasal hubungan etnik, mostly sylibus kitaorang covered pasal Malaysia je, dari politik pendidikan ekonomi yada yada, sebijik macam Sejarah form 4 and form 5 cuma banyak pertambahan lagi lah, memang tak macam subjek agama langsung. So for me lah, banyak sangat input yang aku dapat dari buku CTU ni especially on how we Malaysians are so hard to be united, and how the government try to solve this matters. Tapi malasla aku nak huraikan apa strategi kita semua tapi you know lah kan, macam BM as bahasa Kebangsaan, Rukun Negara blabla, Dasar Pendidikan Kebangsaan blabla, and we have to admit yang benda benda ni semua berkesan, kalau tak, takkan lah kita boleh hidup aman macam ni sejak Merdeka kan?

Tapi nak dijadikan cerita, tadi aku lepak dekat rumah kakak aku, dia cikgu sekolah. Pastu dia ceritalah yang dia check paper SPM Sejarah baru baru ni, ada satu soalan tu pasal lagu negaraku, kiranya dia tulis lirik lagu Negaraku and soalan dia berbunyi: apakah lagu di atas? A simple question macam tu pon boleh ramai gila yang salah, pastu ada satu lagi soalan, apakah yang perlu dilakukan ketika mendengar lagu tersebut? Itu pon berpuluh puluh orang salah jawab. Why weh Why? Dahlah memang macam tak logik soalan simple macam tu disoal in SPM level, and yet still ramai tak boleh jawab. Pastu mak aku menyampuk, dia kata haritu masa Show "Money Drops" yang si AC Mizal tu handle tu kan, ada satu soalan tu berbunyi: Sebutkan 5 Rukun Negara Malaysia. And the contestant are both Malay Guy yang dah umur macam late 30s and they cant answer it. OMAIGOODD, bagi aku lah, it shows how crucial our jatidiri tahu tak macam dah teruk sangat je, sangat menyedihkan kot. And korang tahu tak pasal wujudnya Kompleks Sekolah Wawasan? Kiranya sekolah tu ada tiga jenis sekolah la, sekolah cina melayu india different bangunan but in the same gate, get it get it? Dekat dalam berita haritu tunjuk pasal budak darjah 1 masuk sekolah, okaylah fine takde benda sangat tapi korang tahu tak lagu sekolah ke lagu selangor entah, budak budak tu nyanyi serentak but in different language. KAU FAHAM TAK? SATU LAGU YANG SAMA TAPI BUDAK MELAYU NYANYI DALAM MALAY, CHINESE DALAM MANDARIN, AND INDIAN DALAM TAMIL? SERENTAKKKKK? Dekat situ pon kau dah boleh dengar kecelaruan and ketidaksatupaduan, kenapa doh diorang ubah sistem ni? Serius bahaya ini baru cakap pasal student primary and secondary school, belum lagi hal hal politik, peh aku rasa satu hari nanti aku akan tulis ah pasal politik dalam blog aku ni, apa nak jadi jadilahh. Honestly, im worried for my next generation future and what will happen to Malaysia. :(


3 comments:

Aziim.Azib said...

comellllllnya diaaaaa! =D

Anonymous said...

aku tengok money drop yang soalan rukun negara tu. bukannya tanya pasal kandungan rukun negara. cuma tanya ada berapa isi dalam rukun negara tu...soalan senang sangat kan...huhu

fannie said...

oh yeke? tula aku pon xtgk pon, dgr mak aku cite je. but mamat2 tu still xdpt jwb kan? gileee laaa lgi snng soalan tu..